Sunday, September 18, 2016

Chiken Chop RM 3.90

"BIAR betul chicken chop, nasi ayam RM3.90,” Mungkin ini akan menjadi persoalan di minda anda semua. Wujudkah chiken chop dengan harga sebegini?? Anda mungkin tidak percaya jika tidak bertandang ke kedai makan milik Amirruddin Mat, 49, di Kompleks Perniagaan Pokok Sena, Kepala Batas.

Menyediakan chicken chop dan nasi ayam dengan harga semurah RM3.90 antara tarikan utama ke Restoran 9 Big Plate milik seorang lelaki berasal dari Kelantan ini.

Amirruddin berkata, chicken chop yang dijual di sini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
“Ayam yang digoreng disajikan dalam kadar yang pastinya puas untuk dinikmati, selain ianya disajikan dalam keadaan panas, susun atur dalam pinggan chicken chop ini juga ditambah dengan kentang goreng.
“Selain itu, kuahnya diletakkan di atas ayam yang panas tersebut yang mana ianya tampak menyelerakan bagi sesiapa yang menikmatinya,” katanya.

Katanya, selain chicken chop antara menu yang menjadi tarikan adalah nasi ayam berharga RM3.90.
“Biarpun kedua-dua makanan ini dijual dengan harga yang murah, tapi ianya disajikan dengan kuantiti yang boleh dikatakan tidak sepadan dengan harganya,” katanya.

Menurut Amiruddin, dua hidangan itu dijual dengan harga yang murah bertujuan untuk membolehkan sesiapa sahaja menikmatinya.

“Bila kita dengar saja tentang chicken chop, pastinya ramai beranggapan ia makanan mahal dan mereka yang berada saja boleh menikmatinya.

“Saya mahu buang persepsi tersebut, kita mahu buktikan siapa saja boleh nikmati hidangan ini dengan harga murah,” katanya yang gembira apabila dua hidangan istimewa yang dijualnya mendapat sambutan memberangsangkan.

Tambahnya, ada juga pelanggan yang datang dengan menaiki kereta mewah turut sama membeli chicken chop di kedainya.

“Bila ditanya, dia kata disebabkan kualiti rasanya yang berbeza dari tempat lain.

“Apa pun saya bersyukur ke hadrat ALLAH, moga apa yang saya jual ini bukan saja beri kepuasan kepada semua pelanggan, malah sebagai satu kebajikan,” katanya.

Dipetik Dari SINAR HARIAN
Gambar dari www.recipeshubs.com

No comments:

Post a Comment