Tuesday, September 06, 2016

PULAU SIPADAN


Mendiang Jacques Cousteau, ahli ilmu alam lautan yang terkenal di seluruh dunia, pernah menyifatkan Pulau Sipadan sebagai hasil seni yang tidak tercemar manakala penyelam di seluruh dunia mengundi pulau ini sebagai salah satu daripada lima tapak menyelam terbaik di dunia. 

Terletak 700m dari dasar laut dan hanya berkeluasan 12 hektar, satu-satunya pulau laut di Malaysia ini mempunyai saiz yang agak kecil. Pelawat boleh berjalan mengelilingi pulau ini dalam masa 25 minit sahaja, tetapi ia menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang dikelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.

Diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh pemerintah Borneo Utara ketika itu. Ia diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. Kawasan hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, 'sunbird', 'starling' dan burung punai. Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kenari yang menarik bertaburan di tepi pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan. Anda pasti akan terserempak dengan penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu semasa menyelam di sekitar perairan pulau terumbu karang ini.


Panduan Perjalanan
Laluan Udara / Darat / Air

Tempat paling dekat untuk ke Pulau Sipadan adalah Kota Kinabalu atau Tawau. Dari sana, anda teruskan perjalanan menaiki kenderaan selama 1 jam ke bandar Semporna. Perjalanan menaiki bot laju selama 30 minit akan membawa anda ke Mabul, yang merupakan tempat paling dekat bagi eksplorasi Pulau Sipadan.
Sila Hubungi
Pusat Pelancongan Sabah

Telefon: +6088-248 698/ 211 732

No comments:

Post a Comment