Monday, September 05, 2016

5 Sebab Kenapa Korang Kena Berhenti Panaskan Enjin Kereta Di Awal Pagi

TAHUKAH ANDA??

Kalau selama ni korang ingat panaskan enjin awal pagi sebelum kereta bergerak adalah satu kewajipan dilakukan setiap hari maka anda sudah tersilap besar. Tahukah anda, amalan panaskan enjin di awal pagi tidak bagus dan menyebabkan 5 perkar aini berlaku pada kenderaan korang. Baca dekat bawah ni okay:

   1) Dinding Silinder Mudah Haus

- Pembakaran bahan api tidak dapat berfungsi dengan sempurna
- Jika pembakaran tidak dilakukan dengan baik, ia akan membawa kesan buruk pada dinding silinder. Sisa bahan api yang tak terbakar akan menuju ke dinding silinder dan bertindak membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder Maka, dinding silinder akan jadi haus disebabkan tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tak terbakar akan turun ke bahagian taking minyak pelinciir yang menyebabkan sifat pelincir akan berubah dan tidak lagi cekap.

  2) Palam pencucuh jadi kotor

- Palam pencucuh tidak berada di suhu yang betul akan jadi betul dan kesan kepada bahan api meningkat sebanyak 5%

 3)Paip ekzos berkarat

- Perasan tak kalau sesetengah kereta akan mengeluarkan wap dari ekzos? Sebenarnya wap itu bukan dari wap minyak enjin yang haus, ia merupakan wai air normal yang datang dari enjin yang sejuk. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura, lagi lama masa yang diambil enjin untuk panas. Disebabkan itu, wap air yang ada dalam sistem ekzos akan membuatkan paip ekzos senang berkarat

 4) Komponen enjin gagal berfungsi dengan baik

- Semua kereta sekarang ada sebuah komponen yang bernama Catalytic Converter di sistem ekzos. Tujuan komponen ini adalah untuk mengurangkan tahap toksik yang ada dalam sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman.
- Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan. Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

 5. Membazir Dan Mencemarkan

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin.
Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling? Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu.


Sumber OMM

No comments:

Post a Comment