Ramai yang mempunyai impian untuk memiliki perniagaan sendiri. Ramai juga yang telah berjaya mengharungi cabaran perniagaan dan ramai juga yang terkandas di tengah jalan. Justeru itu, sebelum memulakan perniagaan banyak perkara yang perlu anda tahu. Ini merupakan satu persediaan untuk anda menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang.
# MULAKAN PERNIAGAAN DENGAN MODAL SENDIRI.
Modal merupakan peranan paling penting dalam sesebuah perniagaan samada kecil ataupun besar. Modal permulaan tidak semestinya besar. Ada yang berjaya dengan hanya bermodalkan RM50 sahaja sebagai permulaan. Anda tidak digalakkan bermula dengan berhutang untuk dijadikan modal, keran hutang perlu di bayar,terutama bagi graduan. Usah tambah hutang yang sedia ada.
# CUBA SECARA KECIL KECILAN.
Sebelum anda melabur untuk membuat produk OEM, cuba menjual dahulu produk yang hampir sama atau pun jenama lain secara kecil kecilan dahulu. Contoh anda ingin membuka kedai bakeri, buat kek yang sedap dan jual secara kecil kecilan. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan atau pendapatan 1 atau 2 kali ganda dari gaji anda, barulah memulakan langkah seterusnya.
# BERMULA DI RUMAH.
Anda tidak perlu menyewa kedai ataupun pejabat. Bermula lah dari rumah ataupun tempat anda tinggal. Apabila anda menyewa, aliran modal akan tersangkut kepada kadar sewaan dan bil utiliti yang perlu di bayar.
# SIMPAN REKOD KEWANGAN DENGAN BAIK.
Anda mungkin tidak membuat pinjaman. Namun rekod kewangan yang baik memudahkan untuk membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda. Pastikan juga rekod kewangan peribadi dalam keadaan baik dan tidak ada hutang tertunggak.
# JANGAN BERHENTI KERJA.
Sekiranya anda sedang bekerja, usah berhenti kerja untuk memulakan perniagaan. Bermula dengan sambil bekerja. Cuma pastikan anda tidak menggunakan masa bekerja untuk membuat perniagaan. Contoh perniagaan yang boleh dilakukan sambil bekerja ialah perniagaan atas talian (online). Apabila anda mendapati perniagaan anda sudah berjalan dengan baik dan memberikan sejumlah pendapatan yang mencukupi, barulah berhenti kerja.
# BERLAJAR TENTANG KEUSAHAWANAN
Ilmu merupakan perkara paling asas sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Tanpa ilmu anda tidak akan kemana. Bagus untuk anda belajar pelbagai aspek keusahawanan. Namun berniaga sambil belajar anda akan lebih faham apa yang anda buat.
# MENIMBA ILMU
Ramai orang buat kursus keusahawanan dan berikan nasihat. dengar kesemuanya. Bagaimanapun stapis dan pilihlah yang sesuai. Manfaatkan pengalaman dan ilmu mereka. Namun, anda perlu tahu bahawa keputusan yang betul untuk orang lain belum tentu baik untuk anda. Mana - mana nasihat yang baik, ambil. Sekiranya tidak, campak ke dalam bakul sampah.
# CARI PENGALAMAN.
Perniagaan adalah satu pergembaraan yang berterusan. Sekiranya ada perkara yang mengecewakan anda, biarkan ia di situ. Usah diungkit berkali-kali. Bukalah buku baru dan berjalan terus. Pengalaman adalah guru yang terbaik.
# JANGAN MUDAH PUTUS ASA.
Ramai orang mencuba untuk berniaga dan perniagaanya tidak seperti yang diharapkan untuk percubaan kali pertama. Itu lumrah perniagaan. Usah kecewa dan berputus asa. Anda gagal kali pertama bukan bermakna anda gagal untuk selamanya. Cuba lagi, cuba sesuatu yang baru.
# SENTIASA BERUSAHA.
Sebagai usahawan, usah minta bantuan. Sebagai usahawan, anda memilih untuk berusaha sendiri. Usah rendahkan martabat anda dengan meminta bantuan. Sekiranya anda perlu khidmat agensi kerajaan gunakan perkataan menyokong. Contoh, ''Boleh tuan menyokong keperluan saya untuk mendapatkan modal tambahan?'' Guna ayat yang mencerminkan minda usahawan.
Dipetik Dari Majalah Niaga.
No comments:
Post a Comment