Saturday, October 08, 2016

Dr Fauziah Cerita Pengalaman Dikurung



KUALA LUMPUR: Pengalaman dipenjarakan oleh pihak Zionis di sebuah pusat tahanan di Israel merupakan antara kisah yang dikongsi wakil tunggal Malaysia dalam misi 'Women's Boat to Gaza', Dr Fauziah Mohd Hasan, sebaik sahaja tiba di tanah air pada Jumaat.

Berkongsi kisahnya di hadapan ratusan penyokong dan wakil media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau mengakui perasaan takut tetap ada apabila ditempatkan di dalam sel yang kecil kerana enggan untuk menandatangani sebuah dokumen berkaitan penghantaran pulang (deportation order).

"Kami telah diberi latihan untuk tidak tandatangan apa apa.

"Mereka paksa saya untuk tandatangan dan berkata mereka akan hantar saya ke Itali pada malam itu juga," katanya. 

Kerana enggan menurut perintah mereka, Dr Fauziah diletakkan di dalam sel berukuran 160 sentimer dan ketinggian 200 sentimeter.

"Sel itu cukup-cukup untuk tiga orang sahaja.

"Saya takut kerana saya masuk seorang diri dan saya mencari rakan-rakan saya yang lain," kata Dr Fauziah. 

Dr Fauziah turut berkongsi detik cemas apabila saluran satelit disekat, sekali gus memutuskan segala komunikasi termasuk penggunaan aplikasi WhatsApp apabila di kawasan perairan kurang 50 batu nautika dari Gaza.

"Pada mulanya (saluran berita) Al-Jazeera masih membuat siaran langsung tetapi pada hari Rabu mereka tidak dapat berbuat demikian. Semua komunikasi disekat," katanya. 

Bukan itu sahaja, Dr Fauziah turut menjelaskan bahawa segala alat dan peranti komunikasi seperti komputer riba dan iPad dicampak ke laut setelah mengesyaki kapal Israel menghampiri bot mereka.

"Memang tiada sebarang komunikasi langsung. Ini agar mereka tidak boleh dapat apa yang kami ada," katanya.

Selain itu, latihan dan persediaan dari segi minda dan fizikal banyak membantu Dr Fauziah untuk sentiasa dalam keadaan tenang, walaupun tahu akan hadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

"Amat penting untuk kita menjadi seorang yang amat tenang kerana apabila kita tenang, kita tidak takut, tidak marah dan kita waras.
"Saya banyak doa agar tenang dan tidak ada ketakutan dan susah hati di dalam diri. Dan juga tenang apabila menghadapi apa-apa cabaran," katanya.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Bangkok menaiki penerbangan Tiger Air TG417 kira kira 7.47 malam.

Sebelum itu, Dr Fauziah menempuh penerbangan dari Tel Aviv, Israel ke Bangkok, dan ketika tiba di lapangan terbang di ibu kota Thailand itu, Dr Fauziah disambut suaminya, Prof Dr Alauddin Mohd Ali
.
Sumber ASTRO AWANI

Kepulangan Dr Fauziah

sumber : bernama

KUALA LUMPUR: Wakil tunggal Malaysia dalam misi 'Women's Boat to Gaza' Dr Fauziah Mohd Hasan menganggap misinya berjaya mencapai matlamat meskipun tidak sampai ke Gaza.

Katanya, insiden yang berlaku terhadap kapal Zaytouna-Oliva telah membuka mata masyarakat dunia untuk terus berusaha membebaskan Palestin daripada kepungan rejim Zionis.

"Ini adalah salah satu langkah untuk kita membebaskan kepungan rejim Zionis terhadap Palestin.

"Malah, misi ini juga memberikan harapan kepada penduduk di Semenanjung Gaza bahawa satu hari nanti mereka akan memperoleh kebebasan," katanya.

Tambah Dr Fauziah, usahanya tidak akan terhenti setakat ini malah satu perjumpaan bersama semua 13 aktivis wanita yang ditawan tentera Israel akan diadakan di Stockholm, Sweden pada Mac tahun depan.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Bangkok menaiki penerbangan Tiger Air TG417 kira kira 7.47 malam.

Sebelum itu, Dr Fauziah menempuh penerbangan dari Tel Aviv, Israel ke Bangkok, dan ketika tiba di lapangan terbang di ibu kota Thailand itu, Dr Fauziah disambut suaminya, Prof Dr Alauddin Mohd Ali.

Disambut penyokong

Sementara itu di KLIA, beratus-ratus penyokong, yang terdiri daripada kaum keluarga dan saudara-mara, wakil penganjur misi, ahli kumpulan organisasi bukan kerajaan (NGO), penyokong perjuangan Palestin dan khalayak umum lainnya setia menantikan kelibat Dr Fauziah di balai ketibaan.

Sewaktu Dr Fauziah muncul, khalayak semakin rancak dan kuat melaungkan kata-kata 'Free Palestine!' (Bebaskan Palestin!) dan 'Palestine will be free!' (Palestin akan bebas!).

Orang ramai juga membawa sepanduk dan kain rentang yang tertera kata-kata semangat, selain turut mengibarkan bendera Palestin dan Jalur Gemilang.

Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa Dr Fauziah dan 12 anggota misi lain dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod pada Rabu.

Perjalanan mereka bermula pada 14 September dari pelabuhan Vell di Barcelona dan berhenti di Ajaccio, Perancis selepas pusingan pertama sebelum belayar ke Messina, Itali untuk pusingan kedua.

Di petik dari Astro AWANI

Friday, October 07, 2016

Aturan Pilihan Tali Leher

Sama ada ke pejabat atau majlis formal yang lelaki bertali tampak bergaya dan segak. Jika satu ketika dulu warna tali leher yang dipakai cukup terbatas, kini golongan lelaki bebas memilih warna malah corak yang disukai.

bagaimanapun kebebasan itu tidak bermakna anda boleh memandang remeh aspek pemilihannya. Agar tidak salah bergaya, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher yang dikanakan.

BIRU

Warna paling popular sepanjang masa, simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Ia juga menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologi, warna ini memberi kesan ketenangan.

MERAH

Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dah kemarahan, berjaya dan keberanian dan tanda sensualiti seseorang.

OREN

Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan bahaya, Sebaliknya elakkan warna ini.


HITAM

Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan denga garis cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

KELABU

Menggambarkan kesungguhan seeorang untuk mendapatkan sesuatu.

KUNING

Menggambarkan diri muda, penuh harapan dan bahagia.

HIJAU

Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan jauh, sukar untuk difahami tapi jujur.

COKLAT

Warna yang kelihatan agar kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai pemikiran bisnes yang kuat.

BERGARIS.

Konservatif, teratur, bolah diharapkan, ceria dan teman yang menghiburkan.

POLKADOT.

Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan besar dan kecil memberikan kesan yang ceria.

CORAK GELOMBANG

Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.

Pulau Redang Kaya Khazanah Lautan

Pada tahun 1851, Abdullah Abdul Kadir Munshi pernah menceritakan hal Pulau Redang:
''Hatta pada malam khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada,dan di Pulai Redang pun ada dan; maka telah didapat dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari.''


 Pulau Redang terletak kira-kira 45km, kawasan pantai kuala Terengganu dan merupakan pulau terbesar di negeri tersebut, dengan kepanjangan 7km dan lebar 6km. Pulau Redang merangkumi sembilan buah pulai lain iaitu Pulau Paku Besar, Pulau Lima, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar dan Kecil, Pulai Ekor Tebu, Pulau Pinang, Pulau Ling dan Pulau Redang sendiri.

Pulau Redang adalah salah satu pulau terbesar dan tercantik di pantai Malaysia. Pulau ini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia dengan kebanyakkan mereka yang datang melalui pakej perlancongan.

Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari pantai.Anta kemudahan di pulai ini adalah kegiatan snorkel dan junam. Dengan kepajangan kawasan persisir pantai kira-kira 800 meter, Pasir Panjang adalah loksai sesuai untuk ansa menikmati saat manis bersama keluarga dan orang tersayang. Jadi bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti laut di samping menikmati keindahan alam semulajadi, Pulau Redang antara pilihan yang terbaik dengan kawasan pantai yang menawarkan permandangan indah dengan air laut yang bewarna biru kehijauan beserta pasir yang memutih.


Hidupan Marin

Selain itu, Pulau Redang juga boleh dikunjungi melalui Marang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik hanyalah 30km atau dari Kuala Terengganu melalui jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang mini di pulau ini.
Antara hidupan marin yang boleh dilihat di sini ialah rangkuman yang dipanggil 'archipelago' iaitu habitat hidupan marin seperti pelbagai jenis ikan,penyu dan terumbu karang menjadikan dasar laut pulau ini sesuai untuk aktiviti selam scuba dan snorkel.

Antara penginapan 5 bintang yang boleh anda pilih ialah resort Sari Pacifica Pulau Redang. Menghadap ke kawasan pantai, resort ini menawarkan bilik penginapan dan kemudahan mewah dan selesa untuk anda memadu kasih bersana insan tersayang. Selain itu, anda juga boleh menginap di Berjaya Rendang Beach Resort yang juga merupakan resort bertaraf 5 bintang.

Tips Tubuh Langsing

Makan malam membuatkan anda rasa bersalah terhadap diet yang sedang anda jalankan, Jadi, untuk mengurangkan rasa bersalah, cuba tips ini.

1. MINUM 2 GELAS AIR PUTIH

Setelah mengambil makan malam, minumlah sekurang kurang 2 gelas air putih. Ini kerana, air putih berguna dalam melarutkan lemak dalam badan.


2. MINUM SECAWAN TEH TANPA GULA

Teh dapat melancarkan pencernaan. Ini kerana kafien dan polifenol yang terdapat dalam teh dapat melancarkan proses pencernaan dan melarutkan lemak dalam badan.

3. MAKAN SEBIJI EPAL

Serat ayang terkandng di dalamnya dapat membantu menurunkan kadar kolestrol darah. Selain serat, vitamin C berfungsi sebagai antioksidan yang mencegah LDL(lemak jahat).

4. JANGAN TERUS TIDUR.

Cuba lakukan aktiviti yang menyihatkan sebelum anda tidur. Sekurangnya membantu mengeluarkan peluh dan mengurangkan kalori dalam badan anda.

5. SENAMAN PAGI

Selepas bangun daripada tidur, apa kata anda mulakan senaman ringan selama 30 -40 minit. Aktiviti ini sangat baik untuk membantu membakar kalori dan membuang lemak dalam tubuh.

6. JENIS MAKANAN PEMBANTU DIET ANDA

Menurut ahli gizi, seseorang yang ingin menurunkan berat badan mestilah dilakukan secara berperingkat. Aktiviti fizikal dan aturan pola makanan menjadi satu kemestian untuk anda sihat dan langsing. Beberapa jenis makanan yang membantu berat badan anda turun secara sihat.

7. TEH HIJAU

Teh hijau adalah altenatif yang baik bagi penggemar kopi kenara ia mengandungi sedikit kafien dan kaya dengan antioksidan.

8. ASPARAGUS

Sayuran ini adalah sumber terbaik asid folat, kalori yang sangat rendah dan tidak mengandungi lemak atau kolesterol serta sangat baik untuk perkembangan biakan bakteria baik di saluran penghadaman.

9. BIJIRIN

Menurut pakar gizi, rahsia langsing masyarakat China dan Korea adalah bijirin yang berbiji kecil. Ia mengandungi kandungan serat yang tinggi, vitamin B kompeks dan mudah dihadamkan.

10. DELIMA.

Jangan lupa buah-buahan segar. Delima juga salah satu altenatif buah yang menyijatkan kerana kaya dengan antioksidan dan pencegah kanser. Ia juga kaya dengan serat dan rendah kalori. Anda boleh mengambilnya dalam bentuk jus atau buah segar.

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir r.a, katanya, bahawa pada suatu ketika Umar r.a menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia? Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah s.a.w seharian menanggung lapar,kerana tidak ada makanan,kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma sahaja untuk mengisi perutnya.

Pantang Larang Bayi Baru Lahir

Bagi yang baharu bergelar ibu ayah, tentu banyak menerima pelbagai pesanan dan nasihat daripada orang tua, saudara mara dan sahabat handai tentang penjagaan bayi.
Adakalanya pantang larang yang diberitahu macam tak masuk akal dalam zaman serba moden ini. Kadang kala pening kepala juga dibuatnya sama ada mahu mengikut atau sebaliknya tentang pantang larang tersebut terutama dalam bab membesarkan bayi.
Cuba kita lihat beberapa pantang larang yang biasa diberitahu oleh orang tua-tua tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak dan buat perbandingan daripada sudut pandangan pakar perubatan.
1. Bayi baru lahir perlu dipakaikan barut agar tidak kembung atau rangka dada tidak terlalu menonjol khususnya bayi perempuan.
Penjelasan: Dinding perut bayi masih lagi lemah ketika usia ini. Oleh yang demikian, pastikan barut dipakai pada bahagian perut sahaja dan bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak sukar untuk berkembang dengan cepat.
Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka akibat geseran. Selain itu barut dapat membantu memanaskan badan bayi baharu lahir yang mudah sejuk.
2. Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar.
Penjelasan: Sebenarnya, kaedah ini tidak perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Namun, anda boleh mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan disteril.
3. Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang.
Penjelasan: Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan keselesaan kepada bayi ketika tidur. Sehingga mencecah usia enam bulan, bayi sering mengalami kejutan refleks.
Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut. Namun perlu diingat, bedung biasanya membuat peredaran darah anak terganggu.
Ini membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru-paru atau rongga pernafasan.
4. Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang.
Penjelasan: Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk memandikan bayi. Biasanya, pada bulan-bulan pertama, anak boleh dimandikan antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi.
Bila usia bayi meningkat, anda boleh memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu. Paling penting jangan mandikan anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan mahu tidur.
5. Tangan dan kaki bayi tidak perlu selalu ditutup dengan sarung kaki dan tangan.
Penjelasan: Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku bayi sendiri.
Jika di luar rumah, sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung tangan akan membataskan perkembangan deria rasanya.
6.  Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari.
Penjelasan: Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukakan kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan anda memotong kuku si kecil.
Namun, jika dilakukan secara berhati-hati dan menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi, sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari asalkan berhati-hati.
7.  Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang.
Penjelasan: Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang diterima daripada ibu atau ayah. 
Semuanya terpulang kepada ibu bapa sendiri sama ada hendak mempraktiskan pantang larang tersebut atau tidak. Yang penting ia mestilah tidak memudaratkan bayi anda

Sumber Pa&Ma
Gambar:www.mumsnet.com