Saturday, October 08, 2016

Dr Fauziah Cerita Pengalaman Dikurung



KUALA LUMPUR: Pengalaman dipenjarakan oleh pihak Zionis di sebuah pusat tahanan di Israel merupakan antara kisah yang dikongsi wakil tunggal Malaysia dalam misi 'Women's Boat to Gaza', Dr Fauziah Mohd Hasan, sebaik sahaja tiba di tanah air pada Jumaat.

Berkongsi kisahnya di hadapan ratusan penyokong dan wakil media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau mengakui perasaan takut tetap ada apabila ditempatkan di dalam sel yang kecil kerana enggan untuk menandatangani sebuah dokumen berkaitan penghantaran pulang (deportation order).

"Kami telah diberi latihan untuk tidak tandatangan apa apa.

"Mereka paksa saya untuk tandatangan dan berkata mereka akan hantar saya ke Itali pada malam itu juga," katanya. 

Kerana enggan menurut perintah mereka, Dr Fauziah diletakkan di dalam sel berukuran 160 sentimer dan ketinggian 200 sentimeter.

"Sel itu cukup-cukup untuk tiga orang sahaja.

"Saya takut kerana saya masuk seorang diri dan saya mencari rakan-rakan saya yang lain," kata Dr Fauziah. 

Dr Fauziah turut berkongsi detik cemas apabila saluran satelit disekat, sekali gus memutuskan segala komunikasi termasuk penggunaan aplikasi WhatsApp apabila di kawasan perairan kurang 50 batu nautika dari Gaza.

"Pada mulanya (saluran berita) Al-Jazeera masih membuat siaran langsung tetapi pada hari Rabu mereka tidak dapat berbuat demikian. Semua komunikasi disekat," katanya. 

Bukan itu sahaja, Dr Fauziah turut menjelaskan bahawa segala alat dan peranti komunikasi seperti komputer riba dan iPad dicampak ke laut setelah mengesyaki kapal Israel menghampiri bot mereka.

"Memang tiada sebarang komunikasi langsung. Ini agar mereka tidak boleh dapat apa yang kami ada," katanya.

Selain itu, latihan dan persediaan dari segi minda dan fizikal banyak membantu Dr Fauziah untuk sentiasa dalam keadaan tenang, walaupun tahu akan hadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

"Amat penting untuk kita menjadi seorang yang amat tenang kerana apabila kita tenang, kita tidak takut, tidak marah dan kita waras.
"Saya banyak doa agar tenang dan tidak ada ketakutan dan susah hati di dalam diri. Dan juga tenang apabila menghadapi apa-apa cabaran," katanya.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Bangkok menaiki penerbangan Tiger Air TG417 kira kira 7.47 malam.

Sebelum itu, Dr Fauziah menempuh penerbangan dari Tel Aviv, Israel ke Bangkok, dan ketika tiba di lapangan terbang di ibu kota Thailand itu, Dr Fauziah disambut suaminya, Prof Dr Alauddin Mohd Ali
.
Sumber ASTRO AWANI

Kepulangan Dr Fauziah

sumber : bernama

KUALA LUMPUR: Wakil tunggal Malaysia dalam misi 'Women's Boat to Gaza' Dr Fauziah Mohd Hasan menganggap misinya berjaya mencapai matlamat meskipun tidak sampai ke Gaza.

Katanya, insiden yang berlaku terhadap kapal Zaytouna-Oliva telah membuka mata masyarakat dunia untuk terus berusaha membebaskan Palestin daripada kepungan rejim Zionis.

"Ini adalah salah satu langkah untuk kita membebaskan kepungan rejim Zionis terhadap Palestin.

"Malah, misi ini juga memberikan harapan kepada penduduk di Semenanjung Gaza bahawa satu hari nanti mereka akan memperoleh kebebasan," katanya.

Tambah Dr Fauziah, usahanya tidak akan terhenti setakat ini malah satu perjumpaan bersama semua 13 aktivis wanita yang ditawan tentera Israel akan diadakan di Stockholm, Sweden pada Mac tahun depan.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Bangkok menaiki penerbangan Tiger Air TG417 kira kira 7.47 malam.

Sebelum itu, Dr Fauziah menempuh penerbangan dari Tel Aviv, Israel ke Bangkok, dan ketika tiba di lapangan terbang di ibu kota Thailand itu, Dr Fauziah disambut suaminya, Prof Dr Alauddin Mohd Ali.

Disambut penyokong

Sementara itu di KLIA, beratus-ratus penyokong, yang terdiri daripada kaum keluarga dan saudara-mara, wakil penganjur misi, ahli kumpulan organisasi bukan kerajaan (NGO), penyokong perjuangan Palestin dan khalayak umum lainnya setia menantikan kelibat Dr Fauziah di balai ketibaan.

Sewaktu Dr Fauziah muncul, khalayak semakin rancak dan kuat melaungkan kata-kata 'Free Palestine!' (Bebaskan Palestin!) dan 'Palestine will be free!' (Palestin akan bebas!).

Orang ramai juga membawa sepanduk dan kain rentang yang tertera kata-kata semangat, selain turut mengibarkan bendera Palestin dan Jalur Gemilang.

Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa Dr Fauziah dan 12 anggota misi lain dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod pada Rabu.

Perjalanan mereka bermula pada 14 September dari pelabuhan Vell di Barcelona dan berhenti di Ajaccio, Perancis selepas pusingan pertama sebelum belayar ke Messina, Itali untuk pusingan kedua.

Di petik dari Astro AWANI

Friday, October 07, 2016

Aturan Pilihan Tali Leher

Sama ada ke pejabat atau majlis formal yang lelaki bertali tampak bergaya dan segak. Jika satu ketika dulu warna tali leher yang dipakai cukup terbatas, kini golongan lelaki bebas memilih warna malah corak yang disukai.

bagaimanapun kebebasan itu tidak bermakna anda boleh memandang remeh aspek pemilihannya. Agar tidak salah bergaya, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher yang dikanakan.

BIRU

Warna paling popular sepanjang masa, simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Ia juga menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologi, warna ini memberi kesan ketenangan.

MERAH

Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dah kemarahan, berjaya dan keberanian dan tanda sensualiti seseorang.

OREN

Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan bahaya, Sebaliknya elakkan warna ini.


HITAM

Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan denga garis cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

KELABU

Menggambarkan kesungguhan seeorang untuk mendapatkan sesuatu.

KUNING

Menggambarkan diri muda, penuh harapan dan bahagia.

HIJAU

Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan jauh, sukar untuk difahami tapi jujur.

COKLAT

Warna yang kelihatan agar kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai pemikiran bisnes yang kuat.

BERGARIS.

Konservatif, teratur, bolah diharapkan, ceria dan teman yang menghiburkan.

POLKADOT.

Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan besar dan kecil memberikan kesan yang ceria.

CORAK GELOMBANG

Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.

Pulau Redang Kaya Khazanah Lautan

Pada tahun 1851, Abdullah Abdul Kadir Munshi pernah menceritakan hal Pulau Redang:
''Hatta pada malam khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada,dan di Pulai Redang pun ada dan; maka telah didapat dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari.''


 Pulau Redang terletak kira-kira 45km, kawasan pantai kuala Terengganu dan merupakan pulau terbesar di negeri tersebut, dengan kepanjangan 7km dan lebar 6km. Pulau Redang merangkumi sembilan buah pulai lain iaitu Pulau Paku Besar, Pulau Lima, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar dan Kecil, Pulai Ekor Tebu, Pulau Pinang, Pulau Ling dan Pulau Redang sendiri.

Pulau Redang adalah salah satu pulau terbesar dan tercantik di pantai Malaysia. Pulau ini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia dengan kebanyakkan mereka yang datang melalui pakej perlancongan.

Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari pantai.Anta kemudahan di pulai ini adalah kegiatan snorkel dan junam. Dengan kepajangan kawasan persisir pantai kira-kira 800 meter, Pasir Panjang adalah loksai sesuai untuk ansa menikmati saat manis bersama keluarga dan orang tersayang. Jadi bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti laut di samping menikmati keindahan alam semulajadi, Pulau Redang antara pilihan yang terbaik dengan kawasan pantai yang menawarkan permandangan indah dengan air laut yang bewarna biru kehijauan beserta pasir yang memutih.


Hidupan Marin

Selain itu, Pulau Redang juga boleh dikunjungi melalui Marang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik hanyalah 30km atau dari Kuala Terengganu melalui jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang mini di pulau ini.
Antara hidupan marin yang boleh dilihat di sini ialah rangkuman yang dipanggil 'archipelago' iaitu habitat hidupan marin seperti pelbagai jenis ikan,penyu dan terumbu karang menjadikan dasar laut pulau ini sesuai untuk aktiviti selam scuba dan snorkel.

Antara penginapan 5 bintang yang boleh anda pilih ialah resort Sari Pacifica Pulau Redang. Menghadap ke kawasan pantai, resort ini menawarkan bilik penginapan dan kemudahan mewah dan selesa untuk anda memadu kasih bersana insan tersayang. Selain itu, anda juga boleh menginap di Berjaya Rendang Beach Resort yang juga merupakan resort bertaraf 5 bintang.

Tips Tubuh Langsing

Makan malam membuatkan anda rasa bersalah terhadap diet yang sedang anda jalankan, Jadi, untuk mengurangkan rasa bersalah, cuba tips ini.

1. MINUM 2 GELAS AIR PUTIH

Setelah mengambil makan malam, minumlah sekurang kurang 2 gelas air putih. Ini kerana, air putih berguna dalam melarutkan lemak dalam badan.


2. MINUM SECAWAN TEH TANPA GULA

Teh dapat melancarkan pencernaan. Ini kerana kafien dan polifenol yang terdapat dalam teh dapat melancarkan proses pencernaan dan melarutkan lemak dalam badan.

3. MAKAN SEBIJI EPAL

Serat ayang terkandng di dalamnya dapat membantu menurunkan kadar kolestrol darah. Selain serat, vitamin C berfungsi sebagai antioksidan yang mencegah LDL(lemak jahat).

4. JANGAN TERUS TIDUR.

Cuba lakukan aktiviti yang menyihatkan sebelum anda tidur. Sekurangnya membantu mengeluarkan peluh dan mengurangkan kalori dalam badan anda.

5. SENAMAN PAGI

Selepas bangun daripada tidur, apa kata anda mulakan senaman ringan selama 30 -40 minit. Aktiviti ini sangat baik untuk membantu membakar kalori dan membuang lemak dalam tubuh.

6. JENIS MAKANAN PEMBANTU DIET ANDA

Menurut ahli gizi, seseorang yang ingin menurunkan berat badan mestilah dilakukan secara berperingkat. Aktiviti fizikal dan aturan pola makanan menjadi satu kemestian untuk anda sihat dan langsing. Beberapa jenis makanan yang membantu berat badan anda turun secara sihat.

7. TEH HIJAU

Teh hijau adalah altenatif yang baik bagi penggemar kopi kenara ia mengandungi sedikit kafien dan kaya dengan antioksidan.

8. ASPARAGUS

Sayuran ini adalah sumber terbaik asid folat, kalori yang sangat rendah dan tidak mengandungi lemak atau kolesterol serta sangat baik untuk perkembangan biakan bakteria baik di saluran penghadaman.

9. BIJIRIN

Menurut pakar gizi, rahsia langsing masyarakat China dan Korea adalah bijirin yang berbiji kecil. Ia mengandungi kandungan serat yang tinggi, vitamin B kompeks dan mudah dihadamkan.

10. DELIMA.

Jangan lupa buah-buahan segar. Delima juga salah satu altenatif buah yang menyijatkan kerana kaya dengan antioksidan dan pencegah kanser. Ia juga kaya dengan serat dan rendah kalori. Anda boleh mengambilnya dalam bentuk jus atau buah segar.

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir r.a, katanya, bahawa pada suatu ketika Umar r.a menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia? Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah s.a.w seharian menanggung lapar,kerana tidak ada makanan,kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma sahaja untuk mengisi perutnya.

Pantang Larang Bayi Baru Lahir

Bagi yang baharu bergelar ibu ayah, tentu banyak menerima pelbagai pesanan dan nasihat daripada orang tua, saudara mara dan sahabat handai tentang penjagaan bayi.
Adakalanya pantang larang yang diberitahu macam tak masuk akal dalam zaman serba moden ini. Kadang kala pening kepala juga dibuatnya sama ada mahu mengikut atau sebaliknya tentang pantang larang tersebut terutama dalam bab membesarkan bayi.
Cuba kita lihat beberapa pantang larang yang biasa diberitahu oleh orang tua-tua tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak dan buat perbandingan daripada sudut pandangan pakar perubatan.
1. Bayi baru lahir perlu dipakaikan barut agar tidak kembung atau rangka dada tidak terlalu menonjol khususnya bayi perempuan.
Penjelasan: Dinding perut bayi masih lagi lemah ketika usia ini. Oleh yang demikian, pastikan barut dipakai pada bahagian perut sahaja dan bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak sukar untuk berkembang dengan cepat.
Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka akibat geseran. Selain itu barut dapat membantu memanaskan badan bayi baharu lahir yang mudah sejuk.
2. Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar.
Penjelasan: Sebenarnya, kaedah ini tidak perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Namun, anda boleh mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan disteril.
3. Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang.
Penjelasan: Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan keselesaan kepada bayi ketika tidur. Sehingga mencecah usia enam bulan, bayi sering mengalami kejutan refleks.
Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut. Namun perlu diingat, bedung biasanya membuat peredaran darah anak terganggu.
Ini membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru-paru atau rongga pernafasan.
4. Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang.
Penjelasan: Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk memandikan bayi. Biasanya, pada bulan-bulan pertama, anak boleh dimandikan antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi.
Bila usia bayi meningkat, anda boleh memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu. Paling penting jangan mandikan anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan mahu tidur.
5. Tangan dan kaki bayi tidak perlu selalu ditutup dengan sarung kaki dan tangan.
Penjelasan: Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku bayi sendiri.
Jika di luar rumah, sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung tangan akan membataskan perkembangan deria rasanya.
6.  Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari.
Penjelasan: Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukakan kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan anda memotong kuku si kecil.
Namun, jika dilakukan secara berhati-hati dan menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi, sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari asalkan berhati-hati.
7.  Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang.
Penjelasan: Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang diterima daripada ibu atau ayah. 
Semuanya terpulang kepada ibu bapa sendiri sama ada hendak mempraktiskan pantang larang tersebut atau tidak. Yang penting ia mestilah tidak memudaratkan bayi anda

Sumber Pa&Ma
Gambar:www.mumsnet.com

Sunday, September 18, 2016

CARA RASULULLAH BERNIAGA YANG BOLEH KITA CONTOHI

Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.
Ingin tahu cara Rasulullah berniaga, teruskan membaca.

#1 – Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi.
Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah. Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

#2 – Teknik Menjual Yang Unik

Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab.
Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain.
Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia.

#3 – Sentiasa Senyum

Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu.
Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa, tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

#4 – Jujur

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.
Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.
Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.
Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

#5 – Tidak Bersumpah Palsu

Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Ini kerana, model menjalankan bisnes seperti itu bukan sahaja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar.
Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

#6 – Lemah Lembut

Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”

#7 – Bukan Mengejar Harta Semata-mata

Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.
Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

#8 – Fasih Tutur Kata

Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak.
Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda).

#9 – Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin

Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar.
Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.
Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%.
Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.
Oleh itu, marilah kita contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunnah Baginda.


Dipetik Dari Majalah Niaga

10 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Memulakan Perniagaan Sendiri.

Ramai yang mempunyai impian untuk memiliki perniagaan sendiri. Ramai juga yang telah berjaya mengharungi cabaran perniagaan dan ramai juga yang terkandas di tengah jalan. Justeru itu, sebelum memulakan perniagaan banyak perkara yang perlu anda tahu. Ini merupakan satu persediaan untuk anda menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang.

# MULAKAN PERNIAGAAN DENGAN MODAL SENDIRI.

Modal merupakan peranan paling penting dalam sesebuah perniagaan samada kecil ataupun besar. Modal permulaan tidak semestinya besar. Ada yang berjaya dengan hanya bermodalkan RM50 sahaja sebagai permulaan. Anda tidak digalakkan bermula dengan berhutang untuk dijadikan modal, keran hutang perlu di bayar,terutama bagi graduan. Usah tambah hutang yang sedia ada.

# CUBA SECARA KECIL KECILAN.

Sebelum anda melabur untuk membuat produk OEM, cuba menjual dahulu produk yang hampir sama atau pun jenama lain secara kecil kecilan dahulu. Contoh anda ingin membuka kedai bakeri, buat kek yang sedap dan jual secara kecil kecilan. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan atau pendapatan 1 atau 2 kali ganda dari gaji anda, barulah memulakan langkah seterusnya. 

# BERMULA DI RUMAH.

Anda tidak perlu menyewa kedai ataupun pejabat. Bermula lah dari rumah ataupun tempat anda tinggal. Apabila anda menyewa, aliran modal akan tersangkut kepada kadar sewaan dan bil utiliti yang perlu di bayar.

# SIMPAN REKOD KEWANGAN DENGAN BAIK.

Anda mungkin tidak membuat pinjaman. Namun rekod kewangan yang baik memudahkan untuk membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda. Pastikan juga rekod kewangan peribadi dalam keadaan baik dan tidak ada hutang tertunggak.

# JANGAN BERHENTI KERJA.

Sekiranya anda sedang bekerja, usah berhenti kerja untuk memulakan perniagaan. Bermula dengan sambil bekerja. Cuma pastikan anda tidak menggunakan masa bekerja untuk membuat perniagaan. Contoh perniagaan yang boleh dilakukan sambil bekerja ialah perniagaan atas talian (online). Apabila anda mendapati perniagaan anda sudah berjalan dengan baik dan memberikan sejumlah pendapatan yang mencukupi, barulah berhenti kerja.

# BERLAJAR TENTANG KEUSAHAWANAN

Ilmu merupakan perkara paling asas sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Tanpa ilmu anda tidak akan kemana. Bagus untuk anda belajar pelbagai aspek keusahawanan. Namun berniaga sambil belajar anda akan lebih faham apa yang anda buat.

# MENIMBA ILMU

Ramai orang buat kursus keusahawanan dan berikan nasihat. dengar kesemuanya. Bagaimanapun stapis dan pilihlah yang sesuai. Manfaatkan pengalaman dan ilmu mereka. Namun, anda perlu tahu bahawa keputusan yang betul untuk orang lain belum tentu baik untuk anda. Mana - mana nasihat yang baik, ambil. Sekiranya tidak, campak ke dalam bakul sampah.

# CARI PENGALAMAN.

Perniagaan adalah satu pergembaraan yang berterusan. Sekiranya ada perkara yang mengecewakan anda, biarkan ia di situ. Usah diungkit berkali-kali. Bukalah buku baru dan berjalan terus. Pengalaman adalah guru yang terbaik. 

# JANGAN MUDAH PUTUS ASA.

Ramai orang mencuba untuk berniaga dan perniagaanya tidak seperti yang diharapkan untuk percubaan kali pertama. Itu lumrah perniagaan. Usah kecewa dan berputus asa. Anda gagal kali pertama bukan bermakna anda gagal untuk selamanya. Cuba lagi, cuba sesuatu yang baru.

# SENTIASA BERUSAHA.

Sebagai usahawan, usah minta bantuan. Sebagai usahawan, anda memilih untuk berusaha sendiri. Usah rendahkan martabat anda dengan meminta bantuan. Sekiranya anda perlu khidmat agensi kerajaan gunakan perkataan menyokong. Contoh, ''Boleh tuan menyokong keperluan saya untuk mendapatkan modal tambahan?'' Guna ayat yang mencerminkan minda usahawan.


Dipetik Dari Majalah Niaga.

Nasi Ala Kadar RM 2.50 Jadi Tumpuan.

KOTA BHARU - Murah dan paling penting, sedap. Itulah gambaran tepat tentang Nasi Ala Kadar yang dijual dengan harga RM2.50 sebungkus di gerai berdekatan jalan utama di Kota Bharu, Kelantan.

Pemilik gerai itu, Muhamad Zulfadli Mustafa, 32, berkata, kenaikan harga barang tidak pernah mempengaruhinya untuk menaikkan harga nasi di gerai itu sejak dua tahun lalu.

“Kita jual RM2.50 satu hidangan dan ada juga pelanggan yang minta dengan harga RM3. Setiap pagi memang tidak menang tangan walaupun saya turut dibantu oleh seorang rakan kerana ramai pelanggan menyerbu datang ke sini untuk membeli.

“Walaupun murah kita jaga kualitinya dan paling penting pelanggan berpuas hati dan dapat menikmati Nasi Ala Kadar tanpa perlu membayar dengan harga mahal,” katanya kepada Sinar Harian.

Nasi Ala Kadar yang dimasak sendiri oleh Muhamad Zulfadli ialah nasi putih berlaukkan ayam goreng yang diperap menggunakan bahan-bahan istimewa ditambah dengan kuah gulai dan sedikit sayuran, sudah tentu menepati selera pagi masyarakat tempatan.

Menurut pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Malaysia Perlis itu, dia mampu menjual 260 bungkus nasi tersebut setiap pagi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari selama lima hari seminggu.

“Modal setiap hari RM300, ayam segar pula saya ambil terus dari tempat penyembelihan. Ramai pelanggan yang datang ialah pelajar sekolah, polis dan pekerja di kilang berdekatan.

“Saya memang sepenuh masa berniaga selepas habis belajar, sebab tiada peluang kerja jadi saya pilih perniagaan. Hasilnya memang menguntungkan,” katanya.

Katanya, beliau berharap mampu melebarkan lagi perniagaan itu dengan terus mengekalkan harga murah.

Dipetik Dari SINAR HARIAN

Chiken Chop RM 3.90

"BIAR betul chicken chop, nasi ayam RM3.90,” Mungkin ini akan menjadi persoalan di minda anda semua. Wujudkah chiken chop dengan harga sebegini?? Anda mungkin tidak percaya jika tidak bertandang ke kedai makan milik Amirruddin Mat, 49, di Kompleks Perniagaan Pokok Sena, Kepala Batas.

Menyediakan chicken chop dan nasi ayam dengan harga semurah RM3.90 antara tarikan utama ke Restoran 9 Big Plate milik seorang lelaki berasal dari Kelantan ini.

Amirruddin berkata, chicken chop yang dijual di sini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
“Ayam yang digoreng disajikan dalam kadar yang pastinya puas untuk dinikmati, selain ianya disajikan dalam keadaan panas, susun atur dalam pinggan chicken chop ini juga ditambah dengan kentang goreng.
“Selain itu, kuahnya diletakkan di atas ayam yang panas tersebut yang mana ianya tampak menyelerakan bagi sesiapa yang menikmatinya,” katanya.

Katanya, selain chicken chop antara menu yang menjadi tarikan adalah nasi ayam berharga RM3.90.
“Biarpun kedua-dua makanan ini dijual dengan harga yang murah, tapi ianya disajikan dengan kuantiti yang boleh dikatakan tidak sepadan dengan harganya,” katanya.

Menurut Amiruddin, dua hidangan itu dijual dengan harga yang murah bertujuan untuk membolehkan sesiapa sahaja menikmatinya.

“Bila kita dengar saja tentang chicken chop, pastinya ramai beranggapan ia makanan mahal dan mereka yang berada saja boleh menikmatinya.

“Saya mahu buang persepsi tersebut, kita mahu buktikan siapa saja boleh nikmati hidangan ini dengan harga murah,” katanya yang gembira apabila dua hidangan istimewa yang dijualnya mendapat sambutan memberangsangkan.

Tambahnya, ada juga pelanggan yang datang dengan menaiki kereta mewah turut sama membeli chicken chop di kedainya.

“Bila ditanya, dia kata disebabkan kualiti rasanya yang berbeza dari tempat lain.

“Apa pun saya bersyukur ke hadrat ALLAH, moga apa yang saya jual ini bukan saja beri kepuasan kepada semua pelanggan, malah sebagai satu kebajikan,” katanya.

Dipetik Dari SINAR HARIAN
Gambar dari www.recipeshubs.com

Nasi Ayam Hanya RM3.50??

Masih adakah lagi nasi ayam dengan harga RM 3.50 pada zaman kewangan negara semakin merosot ini??
Memang tidak dinafikan, kos semakin meningkat selepas beberapa sesi kenaikan harga minya dan GST namun masih ada peniaga yang mampu mengakut keuntungan dengan menjual barangan atau makanan dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran.

Ketika rata-rata kedai makan menawarkan sepinggan nasi ayam pada harga RM4.50 hingga RM5.50 namun, seorang pemilik kedai makan di Rusila, Marang, Terengganu, masih menawarkan harga lebih rendah.

Kedai Makan Ayah Teh Rusila menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat yang menghargai saiz hidangan dan keenakan nasi ayamnya walaupun ditawarkan pada harga rendah iaitu RM3.80 sepinggan.

Pemiliknya, Zawawi Yusof, 61, berkata, selain nasi ayam, hidangan seperti bihun sup, mi sup, dan kuetiau sup, kesemuanya juga dijual dengan harga berpatutan dan rendah berbanding kedai makan  lain.

Pelbagai jenis minuman sama ada panas atau sejuk di kedai makan terletak di tepi laluan utama Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan itu pula dijual pada harga bermula RM1.

Zawawi membuka kedai makan itu selepas mengambil alih daripada kakaknya dan menjual nasi ayam pada harga RM3 pada awal pembukaan kedainya, namun menaikkan sedikit harga selepas pelaksanaan GST.
“Walaupun harga petrol pernah naik satu ketika dahulu, saya masih tidak menaikkan harga nasi ayam yang dijual dan juga makanan lain. Ketika itu, pendapatan saya sedikit berbanding pemilik kedai makan lain tetapi perniagaan ini masih laku.

“Saya tetap berpuas hati dengan apa yang saya peroleh dan menganggap ia sebagai berkat kerana dapat membantu pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan mereka sentiasa memberikan sokongan,” katanya.

Pemilik kedai berasal dari Chendering, Kuala Terengganu itu berkata, dengan menetapkan hidangan makanan pada harga bawah RM4, golongan kurang berkemampuan termasuk pelajar boleh menikmati makanan  di kedai makan tersebut.

Kedai Makan Ayah Teh Rusila dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Dipetik dari SINAR HARIAN.

Thursday, September 15, 2016

8 Tips Menghadapi Stress.

Stress atau tekanan memang selalu berlaku dalam kehidupan.  Antara sebab berlakunya stress ialah kerana tekanan di tempat kerja, masalah dalam perniagaan, masalah kewangan, masalah keluarga dan berbagai sebab lagi.

Stress kalau tidak ditangani dengan betul akan memudaratkan.  Banyak kes dimana mangsa stress melampau mengambil jalan singkat untuk mengatasi stress seperti terlibat dengan pengambilan dadah, membunuh diri dan lari dari rumah kerana tidak dapat menguruskan stress dengan betul.

Sebenarnya, stress adalah satu perkara yang biasa.  Stress yang terkawal dapat membantu anda untuk menjadi lebih efektif.  Kami kongsikan dengan anda 8 tip menghadapi stress.

 1. Tenangkan diri

Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Duduk bersandar, pejam mata dan tarik nafas secara dalam. Buat kiraan 2,4 dan 8 saat. Tarik 4 saat, tahan nafas 2 saat dan lepas 8 saat. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali. Ini adalah cara meditasi yang paling baik. Ketika tarik nafas, anda boleh membayangkan perkara yang menggembirakan anda. Atau, anda juga boleh menarik nafas serta beristighfar atau berselawat.

2. Tidur

Dapatkan tidur yang berkualiti. Pastikan anda tidur dalam keadaan yang selesa.  Mungkin dengan suhu yang betul, bantal yang betul atau lain-lain lagi. Tidur sekejap di waktu siang juga dapat membantu anda menghilangkan tekanan.

3. Dengar muzik

Mungkin pada sesetengah orang, muzik rock adalah cara yang baik untuk melepaskan kemarahan atau perasaan yang terpendam. Melepaskan kemarahan dengan menyanyi sambil menjerit-jerit. Namun ada pula yang lebih suka memilih muzik instrumental seperti petikan gitar, piano dan biola. Pakar psikologi mengesahkan, muzik ada hubungkaitnya dengan emosi. Mendengar muzik yang bersesuain boleh memberikan kesan yang baik kepada minda dan tubuh badan.

4. Window shopping

Ini adalah salah satu tips menghadapi stress yang paling disukai oleh perempuan.  Menurut kajian, bila melihat barang-barang beraneka warna, barang-barang baru, atau barang-barang yang kita impikan, ianya dapat merembeskan adrenalin yang dapat membantu kita melupakan tekanan atau stress.

Tapi berhati-hati, ada juga yang terlebih berbelanja kerana terlampau tertekan dan akibatya mencipta tekanan atau stress yang lain pula.

5. Bersukan

Berolahraga dapat menggerakkan otot-otot kita, mempercepat aliran darah dan membuka paru-paru untuk mengambil lebih banyak oksigen.  Bila bersukan, hormon stress anda akan dimetabolisasikan dan akan meningkatkan penghasilan hormon ‘anti-anxiety’.  Ini akan menjadikan anda lebih tenang.

6. Hubungi kawan

Jangan terkejut dengar fakta ini!  Kajian menunjukkan memiliki sekurang-kurangnya seorang sahabat baik boleh memanjangkan hayat anda! Selain dari itu, memiliki kawan yang bagus juga dapat membantu ramai pesakit pulih dari penyakit yang kritikal.  Jadi, jika anda stress hubungi kawan anda. Luahkan perasaan anda pada mereka. Pastikan kawan yang boleh dipercayai. Dapatkan perbualan yang menarik dan menggembirakan hati. Sesekali cuba berjenaka dan buat lawak dengan mereka.

7. Makan

Ada beberapa jenis makanan yang dapat membantu menghilangkan stress. Makan adalah satu trik cepat untuk menghilangkan trik.  Tapi berhati-hati! Terlebih makan pun akan mengundang bahaya.  Ramai orang fikir makanan yang manis dapat membantu mengurangkan stress. Salah! Ia mungkin akan menghilangkannya sementara sahaja.  Antara jenis makanan yang membantu mengurangkan stress ialah buah-buahan, kekacang, teh hijau, sayur-sayuran dan bijirin.

Cubalah semangkuk salad buah-buahan dengan sedikit bijirin dan kekacang!

8. Mengingati Allah dan membaca al-Quran

Sebagai umat Islam, cara paling mudah untuk menghilangkan tekanan atau stress ialah dengan selalu mengingati Allah.  Seperti firmanNya. “(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (QS Ar-Ra’d 28).

Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad saw dan khasiat Al-Quran itu cukup banyak.  InsyaAllah, dengan sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran dan berzikir kita akan lebih tenang.  Sambil itu kita dapat membersih jiwa kita dan sentiasa dekat dengan Allh swt.

Stress tak terkawal akan menghalang anda untuk melakukan tugasan harian. Semoga tip ini membantu anda menjadi lebih tenang.

Di Petik Dari http://azizanosman.com/blog/

Thursday, September 08, 2016

Tips Celik Emas

Ikat perbelanjaan Anda dengan Emas.

1. Selepas ini tak perlu lagi anda kumpul duit beberapa bulan sebelum membuat roadtax atau servis kereta atau untuk bayar cukai pintu.

2.Guna emas dan pajak di Arrahnu untuk mencairkan nilainya. Upah murah, barang boleh ditebus secara ansuran.


3.Jika anda membuat perkara diatas (roadtax , servis, cukai) secara kad kredit, anda diikat dengan cas kad kredit yang tinggi , 5%. Upah simpan di arrahnu tidak sampai pun 1%.

4.Jika anda membuat perkara diatas (roadtax, servis, cukai) dengan mengumpul duit beberapa bulan sebelum ianya lebih bagus dari point no.3

5.Namun jika anda menggunakan emas, anda hanya gadaikan bila perlu untuk membuat perkara itu (roadtax, servis, cukai), dan tebus secara ansuran. Itu lebih baik dari point no.4.

6.Kerana harga emas saban meningkat, sebagai contoh apabila anda menggunakan rantai 15g untuk membuat roadax pada 2014, anda dapat rm1300 dan cukup untuk membayar roadtax ketika itu. Anda membuat penebusan secara ansuran dengan upah yang rendah, beberapa bulan kemudia rantai 15g itu jadi milik anda semula. Pada tahun 2015 anda guna kaedah yang sama untuk membayar roadtax, nilai gadaian telah naik kepada rm1400 kerana faktor kenaikan harga emas. Namun anda hanya guna berapa nilai yang perlu sahaja. Dan pada tahun 2016 barang yang sama, namun jumlah gadaian naik kepada rm1770. Anda hanya guna rm1000 sahaja untuk roadtax bimbang sukar untuk menebus kembali kalau ambil banyak-banyak nilai gadaian itu.

7.Kaedah yang sama digunakan untuk membuat rutin servis iaitu kos servis kereta diikatkan kepada emas Goldbar 999 5gram. Dengan purata kos servis rm400 kerm500 5gram itu memadai. Namun setiap kali menggadai 5g itu, nilainya semakin tinggi,anda boleh berjoli sakan.

8.Jangan berjoli. Apabila anda ikat nilai emas itu, gunakan pada tujuannya sahaja. Nak berjoli boleh, simpan emas untuk tujuan berjoli, dan ikat nilainya disitu. Mungkin saban tahun nlai joli itu bertambah. Tahun ni nilai dia mungkin lepas ke Langkawi, tahun depan nilai naik mungkin lepas ke Bangkok, kalau emas naik rm500 segram? tak ke anda lepas ke planet zuhal????

9.Tambah koleksi simpanan emas anda secara tetap setiap bulan jika mampu. 1gram 1bulan amat sesuai untuk anda memulakan simpanan emas anda.
ini bukan pelaburan emas..ini simpanan emas. anda beli, anda dapat emas fizikal..

Secara keseluruhannya, emas pun anda dapat,hutang pun selesai. Dua dalam satu.


Wednesday, September 07, 2016

Malaysia Pokemon Nest

Pokémon GO has now been officially released in Malaysia for more than a week, which has provided ample time for Malaysian trainers to venture around in search of completing their Pokédex. Various hotspots have been leveraging off this and placing lure modules around to help trainers search beyond the common Rattatas and Pidgeys to find the more uncommon ones.
So we asked a few Malaysian Pokémon trainers what rare Pokémon have they managed to catch and the exact location in hopes to help out others who may be scratching their heads wondering if these rare ones even exist.

PIKACHU - Taman Jaya, Petaling jaya. (NEST)
CHAMANDER - Dataran Merdeka. (NEST)
VULPIX - Stadium Shah Alam, Kota Kemuning (NEST)
ELECTRABUZZ - Stadium Shah Alam (NEST)
MAGNEMITE - KLCC, Tumpat (KELANTAN) (NEST)
ELECTRODE - Tumpat (KELANTAN) (NEST)
SHELDER - Taman Tasek, Taiping.
DRATINI,DRAGONAIR - Tasik Titiwangsa, Taman Jaya
Jynx - Ampang, Taman Tasik Cyberjaya, Prince Court Medical Centre, Taman Tun Dr Ismail.
Gyarados - Jonker Street Melaka, The Gardens Mall, Tasik Chini Pahang.
Nidoking  - Bangsar Shopping Centre, Kuching International Airport, Georgetown Penang.
Rapidash  - Persiaran Tropicana, Paradigm Mall, Masjid Shah Alam, The Curve, 1Utama. Summit Bukit Mertajam.
Ninetails - The Curve, Bandaraya Kuching, Dataran Merdeka, Pasar Malam Kelang Lama Kulim, Zoo Negara.
Raichu  - Kampung Bengali Butterworth, Damansara Jaya, Pavillion KL.
Porygon  - Tropicana City Mall, KLCC, Midvalley, 1Utama, Empire Shopping Mall.
Snorlax - Sunway Pyramid, Setia City Mall, Old Town White Coffee Cyberjaya, Maybank Sunway Giza.
Arcanine - KLCC Park, The Curve, Dataran Merdeka.
Farfetch’d - KLIA2
Dragonite  - Danga Bay Johor, KLCC Park, Wangsa Maju.
Chansey - Solaris Mont Kiara, Kepong, SJMC Subang, Prince Court Hospital.
Charizard  - Taiping Lake Gardens, TTC Bangi, Titiwangsa
Omanyte - Taman Bandaraya Kelana.

SO GOOD LUCK TO ALL TRAINER.
Please comment your pokemon nest here..